Recipe : Rainbow Caramel Cake

Thursday, November 12, 2015 Unknown 0 Comments




 Recipe : Rainbow Caramel Cake


 Resepi diambil dan di copy paste from HERE


Langkah 1 : Gula Hangus untuk lapisan atas Puding Karamel


    1. Masukkan 1 1/2 sudu besar gula ditengah2 loyang
    2. Buka api perlahan dan biarkan gula cair
    3. Ratakan keseluruhan loyang bila gula dah cair sepenuhnya.
    4. Biarkan sejuk.

 

Langkah 2 : Asingkan telur untuk Puding Karamel dan Kek



    1. Sediakan 3 bekas untuk bancuh puding, meringue dan adunan kek 2
    2. Bekas A : 3 biji kuning telur + 2 biji telur penuh
    3. Bekas B : 3 biji kuning telur
    4. Bekas C : 6 biji putih telur

 

Langkah 3 (Bekas A) : Adunan Puding Karamel



140gm gula
1 tin susu cair atau 400ml susu segar
1 sudu kecil esen vanila
    1. Kacau rata telur dengan perlahan jangan sampai berbuih
    2. Masukkan esen vanila, susu dan gula, kacau perlahan sampai sebati atau gula hancur
    3. Tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi
    4. Ketepikan

Langkah 4 (Bekas C) : Adunan kek 1 – Meringue




70gm gula
1 sudu kecil cream of tar tar
    1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
    2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
    3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
    4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
    5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan kek 2

Langkah 5 (Bekas B) : Adunan kek 2




70gm gula
130ml air
50ml minyak
140gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
    1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
    2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
    3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang…matikan mixer
    4. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, kacau dengan senduk kayu dan kaup balik sampai sebati
    5. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kacau perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata juga dengan perlahan-lahan. 
    6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
    7. Warnakan dengan warna pilihan anda.

Langkah 6 : Cara tuang adunan kek atas puding karamel



    1. Sendukkan adunan kek ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding. Adunan akan bergerak kiri kanan…bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
    2. Sendukkan adunan berselang seli sehingga habis…
    3. 3 senduk warna Biru, 3 senduk warna merah, 3 senduk warna hijau
    4. 2 senduk warna Biru, 2 senduk warna merah, 2 senduk warna hijau
    5. 1 senduk warna Biru, 1 senduk warna merah, 1 senduk warna hijau
    6. Teruskan langkah ke3 sehingga adunan habis
    7. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
    8. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak dengan menggunakan api bawah sahaja. 10 minit terakhir guna api atas dengan suhu 100 degree.
    9. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang…pastikan pintu oven dibuka sedikit…saya letak lidi dicelah pintu.
    10. Sejukkan dalam suhu bilik dalam 20-30 minit…baru terbalikkan adunan dalam pinggan.
    11. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
Potong Kek Puding Karamel semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.
Selamat mencuba.

0 comments: